PELEKAT EPOKSI DUA KOMPONEN
Penerangan
CORKJOINT® CJ Epoxy Adhesive ialah pelekat epoksi dua komponen 100% pepejal dengan ciri tiksotropik, yang diformulasikan untuk memudahkan aplikasi tanpa mengalir atau menitis, serta memberikan lekatan yang sangat baik pada pelbagai jenis substrat. CJ Epoxy Adhesive digunakan untuk pemasangan CORKJOINT® TX-100 PVC Waterstop dan juga untuk CORKJOINT® J-Seal EX Sealing Membrane.
Kegunaan
-
Untuk melekatkan substrat seperti konkrit, logam, kayu, seramik, plastik keras dan fleksibel, dan sebagainya
-
Untuk kerja pembaikan dan pengisian retakan pada substrat konkrit (lantai, dinding dan lain-lain)
-
Untuk pemasangan CORKJOINT® TX PVC Waterstop
-
Untuk pemasangan CORKJOINT® J-Seal® EX TPER Sealing dan Waterproofing Membrane
Kelebihan
-
Sifat tiksotropik – tidak mengalir atau menitis
-
Kemasan permukaan yang licin
-
100% pepejal – tiada kandungan V.O.C (Volatile Organic Compounds)
-
Masa pengeringan yang cepat
-
Lekatan yang sangat kuat
-
Mudah diaplikasikan pada permukaan kasar atau licin
Nota Penting
-
Jangan gunakan campuran selepas melebihi tempoh hayat bancuhan (pot life) yang disyorkan.
-
Aplikasi hendaklah dilakukan pada suhu antara 10°C – 35°C.
-
Elakkan pendedahan terus kepada cahaya matahari semasa aplikasi. Suhu melebihi 30°C akan memendekkan pot life.
-
Jangan aplikasikan pada permukaan yang lembap, basah atau mengandungi kelembapan. Permukaan hendaklah kering sepenuhnya dan bersih sebelum aplikasi.
-
Jangan cairkan dengan pelarut (solvent).
Pembungkusan
CJ Epoxy Adhesive dibekalkan dalam dua (2) komponen:
-
Komponen A – 2.5 kg
-
Komponen B – 2.5 kg




VN 18761
US 6898
AR 4134
BR 2793
CN 2464
EC 1554
SG 1237
CO 861
